2)RASULLAH SAW TELAH MEMBERIKAN SEPENUH KOMITMEN BAGINDA DALAM MENGURUSKAN PERNIAGAAN SITI KHADIJAH.CERITAKAN BAGAIMANA RASULLAH SAW MENJAGA AMANAH SEBAGAI ORANG YANG JUJUR.
Rasulullah
SAW adalah
manusia biasa, bukan malaikat dan bukan pula anak Tuhan atau lain-lainnya.
Beliau secara manusiawi sama dengan kita seluruh umat manusia. Ayahanda beliau
adalah Abdullah bin Abdul Muthallib, ibundanya bernama Aminah, keduanya dari
suku Quraisy di Mekah keturunan Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim AS.
Rasulullah
SAW adalah Rasul pilihan Allah yang diutuskan kepada umat manusia untuk
membimbing mereka kepada hidayah Allah; berbuat yang ma’ruf dan mencegah
kemungkaran serta beriman kepada Allah. Sebelum kedatangan Rasulullah SAW,
manusia berada di ambang kehancuran lantaran kebudayaan yang menyebabkan
tertegak nya tamadun ketika itu telah hancur.
Ketika
kemanusiaan sedang berada dalam kesesakan nafas di ambang maut, Allah
mengutuskan Rasulullah SAW untuk membangkitkannya semula dan mengeluarkan umat
manusia dari kegelapan kepada cahaya. Rasulullah SAW memecah belengu-belengu
jahiliah dan khurafat dan mengajak manusia kepada pengabdian yang akan
membebaskan mereka daripada segala bentuk ikatan lain. Dia mengembalikan kepada
mereka kebahagiaan hidup yang sebenarnya.
Itu
semua biasa kita baca dalam buku-buku agama. Yang jarang kita dengar ialah
sifat keusahawanan atau ciri-ciri perniagaan Rasulullah SAW.
Baginda sudah mula berniaga sejak
berumur 12 tahun. Di bawah jagaan Abu Talib as, Rasulullah saw telah mula
mengikut Abdul Talib as berniaga sehingga ke Syria. Abdul Talib adalah
mentor perniagaan kepada Rasulullah ketika muda
.
Dan
Rasulullah merupakan ahli perniagaan yang hebat. Pada suatu ketika, di waktu
berniaga, Rasulullah telah memperoleh keuntungan lebih dari usahawan-usahawan
lain dalam rombongan yang sama. Oleh kerana kehebatan Rasulullah saw dalam
perniagaan, Baginda berjumpa dengan isterinya, Siti Khadijah (yang juga seorang
usahawan unggul) ketika berumur 25 tahun.
Perniagaan
adalah perkara yang penting dalam Islam, malah menjadi satu terminologi yang sering
disebut dalam al-Quran, contohnya:
“ Sesungguhnya
orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta
mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau
secara terang-terangan, mereka mengharapkan sejenis
perniagaan yang tidak akan rugi (35:29)”
“ Wahai
orang-orang yang beriman. Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan
yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang
tidak terperi sakitnya? Yakni kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta
kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri
kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak
mengetahui (61:10-11)”
Kenapa
Allah menyebut perniagaan dan bukan pekerjaan? Kerana perniagaan itu ialah
sesuatu yang menguntungkan dan memerlukan usaha tulang empat kerat kita
sendiri. Dan boleh juga merugikan sekiranya tidak dijalankan dengan betul.
Dan
Rasulullah sering disalah anggap sebagai miskin. Tidak, Baginda seorang yang
kaya. Cuma hidup yang dijalaninya tidak seperti orang-orang kaya. Tiada rumah
bertingkat-tingkat, tiada TV Plasma, tiada kereta Ferrari. Tetapi apabila
Baginda keluar berjuang, contohnya berperang. Baju perang, pedang Baginda
adalah dari yang terbaik, kuda-kuda perang adalah dari jenis yang terbaik.
Makna kata seluruh harta Baginda digunakan untuk memperjuangkan Islam, bukan
membuncitkan perut sendiri. Malah Baginda Rasulullah pernah mengikat batu-batu
ke perutnya untuk menahan lapar.
Rasulullah
pernah bersabda tentang pemilikan harta:
“ Harta
itu merupakan kekayaan terpuji TETAPI hanya bagi orang yang soleh, kerana orang
yang soleh akan menggunakan hartanya secara bijaksana, tidak dikotori rasa
angkuh yang menghilangkan keberkatan dari Allah.”
TIDAK PERNAH BERDEBAT
Rasulullah
dahulu ketika berniaga, tidak pernah menyakiti hati peniaga lain. Hal ini
diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan Baginda SAW sebelum Baginda
diangkat menjadi rasul lagi. Dalam satu peristiwa, seorang peniaga bernama Saib
bin Ali Saib datang menemui Rasulullah SAW. Melihat Saib datang, Rasulullah
berkata,
“Mari, mari. Selamat datang saudara saya, dan
rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar, ” kata Rasulullah . Saib
membalas dengan berkata, “Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan peniaga yang
sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan.”
TEKNIK MENJUAL YANG UNIK
Mengikut
riwayat, Nabi menjual barang-barang Baginda tidak seperti diamalkan oleh
kebanyakan peniaga atau lain-lain saudagar ketika itu. Baik peniaga Arab atau
pun bukan Arab. Biasanya para peniaga kebanyakannya mereka menjual
barang-barang dagangan mereka dengan meletakkan harga yang setinggi mungkin.
Tetapi Nabi menjualnya dengan cara memberitahu harga pokok dan meminta para
pelanggan atau pembeli membayar berapa harga yang mereka kehendaki.
Dengan
cara ini pembeli merasa puas dan senang hati kerana mereka merasa tidak tertipu
oleh peniaga. Lalu mereka membeli dengan larisnya sehingga barang-barang Nabi
paling laku dan cepat habis berbanding rakan-rakan Baginda yang lain. Selain
itu Nabi juga mengambil sikap menjual pada harga modal apabila sipembelinya seorang
yang benar-benar miskin tetapi memerlukan kepada barang itu. Baginda amat
bertimbang rasa dan amat pengasihan belas kepada sesama manusia. Manakah ada
manusia yang menjual barang-barang dagangannya dengan harga modal?
SENTIASA SENYUM
Satu
lagi daya penarik yang luar biasa yang telah menarik para pembeli untuk
mendekati barang-barang Nabi ialah sikap dan wajah Baginda semasa berjualan
itu. Selaku seorang insan yang sedia dijadikan Allah berwajah kacak menawan dan
gemar melemparkan senyuman kepada orang, maka Nabi telah menggunakan kelebihan
yang dikurniakan oleh Allah kepada Baginda itu. Dengan wajah yang manis dan
menawan dihiasi pula dengan senyuman yang manis, pastilah keindahan dan
keelokan yang terpancar di wajah seseorang itu semakin bertambah. Walaupun
tutur kata tidak seberapa , tetapi para pelanggan tetap menggemari orang yang
berwajah manis dan selalu memberi senyuman kepada orang.
JUJUR
Baginda
bersabda, “Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi,
orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat
Al-Imam At-Tarmizi).
Dalam konteks ini, kejujuran ditekankan kerana
kejujuran merupakan antara elemen terpenting dalam perniagaan.Ketika kita
berbincang mengenai perniagaan seorang Muslim, kita sebenarnya sedang
membincangkan satu konsep perniagaan yang membangunkan hubungan kepercayaan di
antara peniaga dan pelanggan, dan piawaian ini tidak boleh dicapai dengan
adanya dusta dan penipuan.
Pada
suatu hari, Rasulullah berjalan-jalan di kawasan pasar bandar Madinah. Baginda
lalu di hadapan seorang peniaga yang menjual buah-buahan yang
dilonggok-longgokkan. Rasulullah memeriksa buah-buahan itu dengan memasukkan
tangannya ke dalam satu longgokan. Kemudian Rasulullah menarik tangannya keluar
dan menunjukkan jarinya yang basah kepada peniaga itu.
“ Apa
ini saudara ?” tanya Rasulullah. “Terkena hujan, tuan, ” kata peniaga
itu. “ Mengapa
saudara tidak letakkan buah-buahan yang basah itu di sebelah atas supaya orang
dapat melihatnya ?” kata Rasulullah. Kemudian Baginda berkata lagi, “Barang
siapa menipu, dia bukan pengikut saya.”
TIDAK BERSUMPAH PALSU
Dengan
tegas, Rasulullah SAW mengecam amalan perdagangan yang dipenuhi tipu daya.
Apalagi sampai bersumpah palsu, mengandungi unsur riba atau berbisnes di pasar
gelap. Sebab, model menjalankan bisnes seperti itu tak saja merugikan orang
lain, tapi juga membuat perniagaan yang dijalankan tidak lancar. Hal itu
sebagaimana ditegaskan Rasulullah SAW dalam sebuah hadis,
“Penjual dan pembeli memiliki hak pilih selama
belum berpisah. Apabila mereka jujur dan mahu menerangkan (keadaan barang),
mereka akan mendapat berkat dalam jual-beli mereka. Dan jika mereka bohong dan
menutupi (cacat barang) akan dihapuskan keberkatan jual-beli mereka.” (HR.
Muslim).
Rasulullah SAW mengajarkan kepada para sahabat
untuk tidak melakukan sumpah, selain mengakibatkan kehilangan berkatnya.
LEMAH LEMBUT
LEMAH LEMBUT
Baginda
Rasulullah SAW sentiasa
mengamalkan sikap baik hati dan lemah lembut ketika menjalankan perniagaan.
Jabir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:
“Allah SWT mencucuri rahmat kepada orang yang
berbuat baik ketika ia berjual, ketika ia membeli dan ketika ia membuat
tuntutan.”
BUKAN MENGEJAR HARTA SEMATA-MATA
Rasulullah
SAW bekerja keras mencari penghidupan yang halal. Baginda menjalankan
perniagaan bukan sahaja untuk menyara kehidupan Baginda tetapi juga untuk
mengukuhkan potensi Baginda agar orang yang kaya tampil ke hadapan untuk
menghulur modal mereka untuk digunakan oleh Baginda bagi tujuan perniagaan.
Muamalah
seperti ini amat digalakkan oleh Islam kerana terdapatnya unsur bantu membantu
di kalangan mereka yang berada dan tidak berada. Firman Allah SWT dalam surah
Al Ma’idah ayat 2: Bermaksud:
“Dan hendaklah kamu bantu membantu dalam
perkara-perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu sekali-kali bantu
membantu dalam perkara-perkara kejahatan dan permusuhan.”
FASIH TUTUR KATA
Rasulullah
SAW merupakan seorang yang mempunyai kefasihan dalam tutur katanya. Tutur katanya
lembut, lunak didengar, tidak pernah berbohong dan sentiasa jujur. Oleh itu,
tidak hairanlah apabila Baginda mengendalikan perniagaan harta Khadijah,
Baginda memperoleh keuntungan yang banyak. Terdapat sebuah hadis yang
menceritakan kefasihan Baginda yang telah diriwayatkan oleh Al-Tarmizi
dari Syaidatina Aishah: Bermaksud:
“Adalah
Rasulullah berkata-kata dengan perkataan yang terang serta jelaslagi tegas,
dapat difahami oleh setiap orang yang mendengarnya (duduk bersama Baginda).
KEUNTUNGAN MAKSIMUM ADALAH MUNGKIN
Walaupun ada ustaz (penceramah) yang mengatakan untung hanya boleh diambil sekitar 30% sahaja, namun kata-kata Rasulullah SAW lebih utama untuk kita jadikan pegangan. Terdapat satu hadis sahih yang menceritakan, seorang sahabat Nabi membeli dua ekor kambing dengan 1 dinar. Kemudian, sahabat itu tadi menjual salah seekor kambing itu dengan harga 1 dinar. Bermaksud, di tangannya ada seekor lagi kambing dan wang sejumlah 1 dinar. Sahabat itu datang kepada Rasulullah dan kemudian menyatakan apa yang telah beliau lakukan (menjual dengan cara begitu). Rasulullah tidak berkata apa-apa melainkan mendoakan agar sahabatnya itu mendapat keberkatan dalam perniagaan yang dilakukannya.
Walaupun ada ustaz (penceramah) yang mengatakan untung hanya boleh diambil sekitar 30% sahaja, namun kata-kata Rasulullah SAW lebih utama untuk kita jadikan pegangan. Terdapat satu hadis sahih yang menceritakan, seorang sahabat Nabi membeli dua ekor kambing dengan 1 dinar. Kemudian, sahabat itu tadi menjual salah seekor kambing itu dengan harga 1 dinar. Bermaksud, di tangannya ada seekor lagi kambing dan wang sejumlah 1 dinar. Sahabat itu datang kepada Rasulullah dan kemudian menyatakan apa yang telah beliau lakukan (menjual dengan cara begitu). Rasulullah tidak berkata apa-apa melainkan mendoakan agar sahabatnya itu mendapat keberkatan dalam perniagaan yang dilakukannya.
Ada
lagi hadis sahih lain riwayat Abu Daud di mana Rasulullah ditanya mengapa tidak
ditetapkan keuntungan maksimum (kawal kadar keuntungan). Lantas Rasulullah
menyatakan, itu adalah satu ‘kezaliman’ untuk para peniaga. Daripada dua contoh
di atas berasaskan dalil yang sahih, kita dapati tidak mengapa kita menaikkan
keuntungan sesuatu jualan produk sehingga 100%. Cuma yang dilarang adalah
menyorokkan barangan keperluan asasi manusia pada ketika permintaan mendadak,
dan dijual kembali apabila harganya dinaikkan. Ataupun apabila pihak pemimpin
(kerajaan) menetapkan sesuatu perkara, maka kita wajib mematuhinya.
Borgata Hotel Casino & Spa, Atlantic City - DrmCD
ReplyDeleteBorgata 안양 출장안마 Hotel Casino 경기도 출장마사지 & Spa, 동해 출장마사지 Atlantic City. 거제 출장마사지 1 Borgata Way. Atlantic 군산 출장마사지 City, NJ 08401. Phone (609) 317-1000.